Keluarga Bahagia, Negara Makmur

Jun 15, 2017

Cara Melayan Pertanyaan Anak



Anak yang lahir dibekalkan dengan sifat ingin tahu secara semula jadi. Sifat ini yang mendorong mereka untuk meneroka dan belajar tentang apa-apa saja yang ada di sekeliling mereka. Apabila mereka sudah pandai bercakap dan berkomunikasi, anak-anak akan menjadi manusia yang banyak bertanya. Satu kajian mendapati bahawa kanak-kanak bertanya 288 soalan sehari. Walaubagaimana ia bergantung kepada usia kanak-kanak dan jantina. Kanak-kanak perempuan yang berusia 4 tahun adalah yang paling banyak sekali bertanya iaitu 390 soalan sehari. Dalam keadaan kita yang sibuk dan kepenatan sudah tentu kita rasa rimas dengan soalan-soalan tersebut lebih-lebih lagi soalan yang sama berulang kali.  Jika tidak dijawab, mereka tidak akan berhenti bertanya. Sedangkan apabila sudah dijawab pun, kadang-kadang mereka akan berulang tanya soalan yang sama. Jika diherdik, kita tahu bahawa itu tidak bagus kerana boleh membunuh sifat ingin tahu mereka.


Sesungguhnya anak-anak yang banyak bertanya menunjukkan mereka berkembang dengan sihat. Itu menunjukkan mereka berminat untuk mengetahui tentang persekitaran dan dunia di sekeliling mereka dan adalah penting untuk kita tidak menyekat rasa ingin tahu tersebut. Cuma kadang-kadang anak bertanya bertalu-talu semata-mata untuk tagih perhatian daripada ibu bapa. Soalan yang sama ditanya, jawapan telah diberi berkali-kali tapi mereka masih tidak berpuas hati. Untuk situasi begini, ada dua cara layanan yang boleh kita berikan

  1. Guna peluang ini untuk melatih mereka mencari jawapan sendiri. Ibu bapa perlu menyediakan sumber rujukan mengikut tahap umur anak. Untuk anak-anak yang boleh membaca, sediakan ensaiklopedia untuk mereka. Ajar kepada mereka cara merujuk ensaiklopedia tersebut. Anak-anak juga boleh diajar guna google search tapi ibu bapa harus berwaspada apabila membiarkan anak-anak melayari internet. Ambil langkah berjaga-jaga supaya mereka tidak salah guna.

  1. Jika kita mendapati bahawa anak-anak bertanya sekadar inginkan perhatian, maka kita boleh menjawab pertanyaan itu dengan pertanyaan. Contohnya..anak bertanya kenapa dia tidak boleh makan gula-gula sedangkan kita sudah memberitahu sebabnya sebelum itu tapi dia asyik bertanya soalan yang sama berkali-kali. Ini akan merangsang anak-anak berfikir dan secara tak langsung akan membuatkan mereka berhenti bertanya.

           “Mama, kenapa Along tak boleh makan gula-gula?”
           “Along fikir kenapa mama tak benarkan along makan gula-gula?”


Selagi mampu, layanlah pertanyaan anak dengan baik. Jika kita betul-betul tidak berkemampuan untuk menjawab samada kerana kita keletihan, sibuk  atau kita tidak mempunyai jawapan kepada soalan mereka, terangkan kepada mereka dengan jelas. Beritahu mereka bahawa kita akan menjawab soalan mereka apabila kita bertenaga semula atau apabila selesai kerja atau apabila kita sudah ada jawapan untuk soalan mereka.



Share:

Join 139 Other Subscribers

Recent Posts

Popular Posts

Parenting Books

 photo belajarsantai150.jpg photo bijakberfikir150.jpg photo anaknakal150.jpg photo carabijak150.jpg

Blogviews


Copyright © Ibubapa Cemerlang | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com