Keluarga Bahagia, Negara Makmur
Jan 30, 2013
Jan 23, 2013
Percaya vs curiga...
Percaya vs curiga adalah peringkat pertama menurut teori pembangunan psikososial Erik Erikson. Peringkat ini berlaku pada usia anak di antara kelahiran dan kira-kira 18 bulan. Menurut Erikson, percaya vs curiga (trust vs mistrust) adalah tempoh yang paling penting dalam kehidupan seseorang.
Oleh kerana bayi bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa atau penjaga, kualiti penjagaan yang diterima olehnya memainkan peranan penting dalam membentuk personaliti anak tersebut. Pada peringkat ini, anak-anak belajar sama ada atau tidak mereka boleh mempercayai orang di sekeliling mereka. Apabila bayi menangis, adakah ibu bapa atau penjaga datang untuk memenuhi keperluannya? Apabila dia takut, adakah ibu bapa atau penjaga datang untuk menenangkannya?
Apabila keperluan ini dipenuhi secara konsisten, anak akan belajar bahawa dia boleh mempercayai ibu bapa dan orang yang menjaganya. Sebaliknya jika keperluan ini tidak dipenuhi, anak akan hilang kepercayaan terhadap orang-orang di sekelilingnya.
Jika anak-anak berjaya membangunkan rasa kepercayaan, mereka akan berasa selamat berada di dunia ini. Ibu bapa dan penjaga yang tidak konsisten atau menolak untuk memenuhi keperluan emosi akan menyumbang kepada perasaan curiga ke dalam diri anak-anak. Kegagalan untuk membangunkan rasa percaya itu akan menyebabkan anak-anak ketakutan dan rasa was-was terhadap persekitaran mereka.
Sebab itulah pentingnya memberi respon yang positif terhadap tangisan bayi. Tangisan bayi menandakan ada keperluan yang wajar dipenuhi oleh ibu bapa dan penjaga kerana pada peringkat bayi, anak-anak belum pandai mengambil kesempatan atau memanipulasikan ibu bapa. Jangan bimbang, bayi tidak akan menjadi "manja" (spoiled) hanya kerana kita memberi respon yang positif setiap kali dia menangis.
Jan 21, 2013
Jan 17, 2013
Jan 15, 2013
Jan 12, 2013
Jan 11, 2013
Jan 10, 2013
Jan 9, 2013
Jan 8, 2013
Jan 4, 2013
Recent Posts
Labels
Adap sopan
Akademik
Autism
Bayi
Berbohong
Disiplin
Disleksia
Gagap
Hiperaktif
Keibubapaan
Kerja sekolah
Keselamatan anak
Kesihatan
Koleksi-istimewa-kibc
Komunikasi
Kreativiti
Moral
Perkembangan Anak
Perkembangan Bahasa
Perkongsian Pengalaman
Praremaja
Prasekolah
Product Review
Quiz
Remaja
Self Improvement
Soalan
Survey KIBC
TICS
Tingkah laku
Tips Ibubapa Cemerlang
Toddler
Blog Archive
-
▼
2013
(320)
-
▼
January
(18)
- Pembelajaran di Rumah
- Percaya vs curiga...
- Anak Kurang Makan Nasi & Pembelajaran Awal
- Mengajar Al-Quran
- Permasalahan Sekolah Agama
- Anak Kecil Suka Memberontak
- Anak dituduh Gila
- Anak 4 tahun ingin ke sekolah
- Anak Tidak minat ke Taska
- Anak Tidak Fokus dan suka Membuli
- Suami bersifat Keras
- Anak tidak minat Belajar
- Keluarga Sering Ugut Dan Marah Anak
- Anak Tidak Mahu ke Tadika
- Anak Lambat Bercakap
- Menangani Anak Yang Suka Memberontak
- Anak Lelaki Minat Set Masak
- Masalah Anak Kurang Keyakinan Diri
-
▼
January
(18)